*➗Discovering the Joy of Sharing* ➗

Gambar
*➗Discovering the Joy of Sharing* ➗ 💫💥 *The story of Atomy Korea Royal Master Boyoung Kim*  I know I'm inadequate, but let's not be disgraceful. That's my motto. Atomy is a business where anyone can succeed, even without any skills. Since I have a lot of shortcomings, I admit right away when I don't know something and try to learn. Likewise, when I am at fault, I apologize immediately. I have been able to work well with global partners and make it this far because I have done the Atomy business with this mindset. Before Atomy, I was a workaholic. I was very interested in marketing, so I ran my own store, worked part time for a large company, and did some business in Dongdaemun in the evenings. My current sponsor must have felt sorry for me because she gave me some Atomy HemoHIM. At first, I started the Atomy business by attending seminars. However, since I had to stay up all night working two jobs, I would sometimes doze off, and people would give me a loo

Atomy Madu Manuka









Terdapat banyak jenis madu di dunia dan salah satu yang popular adalah madu Manuka. Madu Manuka ini adalah sejenis madu yang berasal dari New Zealand.

Manuka (Leptosperpum Scorparium) adalah pokok yang berasal dari New Zealand dan Tenggara Australia. Pokok ini mengeluarkan bunga bewarna putih, merah dan merah jambu. Madu Manuka dihasilkan daripada pendebungaan oleh lebah terhadap bunga pokok ini.

Madu Manuka juga dikelaskan sebagai "mono-floral" dimana ia dihasilkan hanya melalui pendebungaan sejenis bunga sahaja iaitu bunga pokok Manuka.

Madu Manuka mempunyai banyak nilai-nilai perubatan yang disumbangkan oleh sebatian fitokimia terutamanya methylglyoxal. Terdapat juga sebatian-sebatian lain seperti hydrogen peroksida dan D-glucono loctane yang turut menyumbang kepada khasiatnya.

Perubatan tradisional juga menggunakan madu Manuka untuk menyembuhkan luka, melegakan sakik tekak, mencegah pereputan gigi dan menambah baik masalah penghadaman.

Antara beberapa khasiat madu Manuka untuk kesihatan berdasarkan kajian-kajian perubatan moden ialah :

1. Membantu Penyembuhan Luka.

Kajian mendapati bahawa sebatian glyoxal dan methylglyoxal boleh mempercepatkan penyembuhan dan penjanaan semula tisu melalui perangsangan terhadap sistem imun.

2. Membantu Merawat Penyakit Gusi.

Khasiat madu Manuka juga turut boleh dimanfaatkan untuk merawat penyakit gusi seperti periodontis kerana sifat antimikrobialnya.

Satu kajian makmal mendapati 2% madu Manuka boleh merencatkan pertumbuhan 50% bakteria Porphyromonas gingivalis iaitu bakteria utama yang menyebabkan penyakit periodontitis.

3. Boleh Membantu Menguatkan Antibiotik.

Madu Manuka juga didapati berkesan dalam merawat jangkitan luka yang disebabkan oleh bakteria yang tahan kepada antibiotik seperti Staphylococcus aureus (MRSA)

4. Membantu Melegakan Sakit Tekak.

Kajian moden mendapati madu Manuka berkesan dalam merawat sakit tekak yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus mutants. Pengkaji mendapati bakteria ini berkurang dengan ketara selepas pesakit mengambil madu Manuka.

5. Mengurangkan Masalah Penghadaman.

Madu manuka juga berkhasiat dalam mengurangkan masalah penghadaman seperti cirit-birit.

Clostridium difficile selalunya dipanggil C.diff adalah bakteria yang selalu menyebabkan cirit-birit yang teruk dan keradangan pada usus. C.diff ini lazimnya dirawat dengan antibiotik. Tetapi baru-baru ini kajian mendapati madu Manuka juga berkesan terhadap bakteria jenis ini.

Selain itu, madu Manuka juga turut didapati mempunyai sifat antibakteria terhadap bakteria yang selalunya menyebabkan keracunan makanan seperti E. coli, Salmonella dan Campylobacter.

6. Berpotensi Mencegah Kanser.

Dalam beberapa kajian awal, Madu Manuka dilihat boleh mencegah pertumbuhan sel-sel kanser usus, kanser payu dara dan kanser kulit yang bergantung pada dos dan masa.

7. Berpotensi Digunakan untuk Merawat Kayap.

Khasiat madu Manuka ini dapat dilihat dalam satu kajian tabung uji yang dijalankan terhadap virus yang menyebabkan kayap dan cacar air iaitu virus Varicella zoster.

Secara saintifiknya, setiap jenis madu lebah mempunyai enzim yang menghasilkan hydrogen peroxide. Hydogen peroxide adalah bahan antiseptik yang mempunyai ciri ciri anti bakteria.

Namun begitu Manuka mempunyai satu lagi ciri antibakteria yang lebih kuat dan stabil yang telah dinamakan sebagai UMF (Unique Manuka Factor).

Kombinasi kedua bahan anti bakteria dalam Manuka ini dibuktikan bertindak bersama sehingga menghasilkan kesan penyembuhan yang hebat terhadap kesihatan manusia.

Berbeza daripada madu yang lain, ternyata Madu Maduka punya khasiat berlipat kali ganda yang cukup istimewa.

#Atomymanuka
#Atomyproduk
#Atomymadu
#Atomycare
#Atomyhappyglobalteam
#Atomyglobal
#Atomyindonesia
#Atomymalaysia
#Atomysingapore
#Atomy
#Madu


Join Atomy Member Bersama Kami Atomy Happy Global Team.


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Peluang Bisnis dari Atomy

Atomy Derma Real Cica Set

Atomy Hemohim By. Dr. Lin Tze Min (Mandarin)